Sunday 28 April 2013

LAWATAN PENANDAARASAN KE PEJABAT INDUK TENAGA NASIONAL BERHAD KULAIJAYA (24 APRIL 2013)

Program lawatan penanda aras QE-5S merupakan agenda tahunan Jawatankuasa Amalan Persekitaran Berkualiti QE-5S dalam memberi pendedahan dan gambaran tentang tindakan yang dapat dibuat penambahbaikan untuk bahagian dan fakulti Universiti Teknologi MARA Johor dalam melaksanakan Amalan QE-5S. Di samping memberi pendedahan kepada kakitangan UiTM Johor, lawatan ini juga antara lain mewujudkan kerjasama di antara organisasi untuk sama-sama meningkat serta menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada bagi mencapai menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.

           * Sila click pada gambar untuk melihat gambar dengan saiz yang lebih besar